PETALING JAYA- Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan susulan hari pertama cuti persekolahan hari ini.
Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di Facebooknya, trafik perlahan di KLK, sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan Gombak ke Genting Sempah.
Sementara di PLUS@E2, kenderaan bergerak perlahan dari arah Utara, selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.
“Seterusnya, Jasin ke Ayer Keroh, Skudai ke Senai dan Pasir Gudang ke Dato’ Onn.
“Aliran trafik juga sesak dari arah Selatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang, Southville ke Nilai dan Port Dickson ke Hentian Rehat Dan Rawat (RnR) Senawang,” kata LLM. -KOSMO! ONLINE.