fbpx

Anak sulung hafaz al-Quran, Rita Rudaini ibu hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA Rudaini dianggap sebagai contoh ibu tunggal kuat kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, anak sulung pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan mendapat perhatian dek ketampanan yang diwarisi daripada bapanya, kini dia sekali lagi mencuri perhatian kerana rajin menghafaz al-Quran. 

Perkongsian video melalui akaun TikTok Rita, 46, memaparkan anak terunanya itu sedang menghafaz al-Quran daripada juzuk yang pertama.

“Setiap kali cuti, masa maghrib dia akan minta mommy (panggilannya) dan adik semak balik hafazan dia dari juzuk yang pertama. Dia takut lupa,” ujar Rita.

Dengan kapsyen yang penuh sayu, pelakon itu menzahirkan rasa sebak melihat anak-anaknya yang semakin menginjak dewasa. 

“Sebak hati sebenarnya tengok anak-anak sudah besar, dalam hati mommy cakap mungkin ini hikmah Allah mahu hadiahkan pada aku.

“Meskipun kami tidak sempurna macam orang lain tetapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hatiku. Alhamdulillah,” tulisnya.

Perkongsian penuh emosi pelakon jelita itu mengundang pelbagai komen daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji ketabahan dan kecekalan Rita mendidik serta membesarkan anak-anak sehingga dewasa biarpun sebagai ibu tunggal.

“Dapat didik anak kenal Allah dan al-Quran adalah kejayaan sebenar serta kebahagiaan yang paling besar,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Subhanallah, sebak tengok, anak yang hebat hasil didikan seorang ibu hebat. Tahniah Rita,” komen pengguna lain.

“Kadangkala ujian Allah itu hebat untuk kita dapat yang terbaik sebenarnya. Tahniah puan berjaya mengharungi ujian hebat itu, teruskan berjuang demi anak-anak,” balas seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

Bagaimanapun mereka bercerai pada September 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI