fbpx

Anwar umum 27 Timbalan Menteri sertai Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. FOTO AFIQ HAMBALI/PMO

PUTRAJAYA – Seramai 27 Timbalan Menteri diumumkan akan menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini

Anwar berkata, kesemua Timbalan Menteri tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada pukul 3 petang esok.

“Setelah berbincang dengan ketua-ketua serta perwakilan semua parti, saya telah persembahkan senarai Timbalan Menteri kepada Yang Dipertuan Agong dan telah mendapat perkenan baginda.

“Senarai didahului dengan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Rubiah Wang (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah) dan Datuk Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Komoditi),” katanya.

Beliau berkata demikan ketika bercakap pada sidang akhbar khas pengumuman Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut beliau, turut dilantik sebagai Timbalan Menteri adalah Datuk Hasbi Habibollah sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Ekonomi).

“Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Adly Zahari (Timbalan Menteri Pertahanan), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Kerja Raya) dan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Timbalan Menteri Dalam Negeri).

“Liew Chin Tong dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohammad Yusof Apdal (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi),” katanya.

Tambah Anwar, Aiman Athirah Sabu dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

“Datuk Seri Huang Tiong Sii dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Saraswathy Kandasami (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Luar Negeri).

“Khairul Firdaus Akhbar Khan (TImbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya), Teo Nie Ching (Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital), Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Adam Adli Abd. Halim Timbalan Menteir Belia dan Sukan),” katanya.

Anwar berkata, mengakhiri senarai Timbalan Menteri adalah Mustapha @ Mohd. Yunus Sakmud dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia, Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Kesihatan) dan Datuk Wilson Ugak Kumbong (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI