fbpx

Cuti sekolah bermula, Lebuh Raya KL-Karak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aliran trafik sesak di Lebuh Raya KLK sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak berikutan peningkatan kenderaan sempena cuti sekolah dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Menurut laporan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), terdapat kesesakan sepanjang 6 Kilometer (KM) dari Km 25.9 hingga Tol Gombak arah Kuala Lumpur.

Jelasnya, kesesakan aliran trafik berlaku selepas bercantum dengan trafik di MRR2 mengakibatkan pertambahan kereta.

“Dalam pada itu, terdapat lori rosak di Km 33.2 arah Timur (Gombak-Gtg.Sempah) menyebabkan lorong kiri terhalang.

“Ekoran kejadian itu, trafik mula bergerak perlahan 1.6KM dari Km 31.6 hingga ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, semua lorong di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) berjalan lancar di kedua-dua hala. -KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI