fbpx

JKN Sarawak siasat kematian bayi dalam bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu menggendong bayinya yang meninggal dunia di dalam bas ekspress semasa dalam perjalanan dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan menghubungi keluarga bayi yang didakwa meninggal dunia di dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, ia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes tersebut.

“JKN Sarawak ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi itu dan berharap agar ibu bapa bayi berkenaan boleh menghubungi pihak kesihatan secepat mungkin bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Ooi, berdasarkan siasatan awal, bayi berumur tiga bulan berkenaan telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.

Katanya ibu kepada bayi itu menyedari bahawa anaknya tidak bernafas semasa mereka berhenti di perhentian Bas Jelukong.

“Bayi itu telah dibawa segera ke Hospital Betong dan disahkan meninggal dunia apabila sampai ke hospital tersebut. Pemeriksaan fizikal dan radiologi telah dilakukan ke atas kes.

“Walau bagaimanapun, setelah perbincangan bersama anggota polis dari Balai Polis Skrang, Sri Aman, ahli keluarga bayi dan pihak pengurusan hospital, maka bedah siasat tidak dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat bayi itu telah dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan dikebumikan di perkuburan rumah panjang di Ulu Pakan, Sarikei.

“Punca kematian kes masih dalam siasatan. Orang ramai diminta menghormati keluarga mendiang dan tidak membuat sebarang spekulasi ke atas punca kematian sebelum siasatan selesai dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI