KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kawasan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, bagi menunaikan solat Jumaat.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari terlebih dahulu menjamu selera di restoran AnNUR Tomyam yang terletak di hadapan masjid berkenaan.
Turut bersama beliau bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. – KOSMO! ONLINE