fbpx

Amaran hujan berterusan kategori bahaya di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (bahaya) melibatkan dua buah negeri di Pantai Timur.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan dan Terengganu.

“Amaran hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

“Dalam pada itu, amaran hujan lebat berterusan (buruk) turut melibatkan kawasan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan di Pahang (Jerantut dan Kuantan),” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI