fbpx

Akaun Twitter Raja Farah disiasat, tiada tangkapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Twitter Raja Farah Sofea yang memuat naik kenyataan menghina kematian anggota TLDM.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menjalankan siasatan terhadap terhadap pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea yang mengeluarkan kenyataan jelik berhubung kemalangan maut membabitkan anggota tentera di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhadapan Plaza Pelangi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan mengenai kenyataan terbabit mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, sehingga kini masih belum ada tangkapan yang dibuat.

“Kita sedang siasat sama ada akaun (Twitter) berkenaan palsu atau tidak. Individu berkenaan juga belum dipastikan lagi setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan 320 pesara dan 34 bakal pesara polis serta pegawai awam Kontinjen Johor di sini semalam.

Sabtu lalu, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian apabila Honda Accord dipandunya dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita berumur 23 tahun, yang hilang kawalan.

Sehari selepas kejadian, tular ciapan atas nama Raja Farah Sofea yang didakwa menyuarakan pandangan sehingga menimbulkan rasa kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna laman terbabit mengenai kemalangan itu.

Bagaimanapun, semakan semula yang dibuat mendapati kenyataan berkenaan sudah dipadamkan.

Terdahulu, Ayob Khan mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan tersebut yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI