SATU lagi babak dalam pertarungan sengit berlaku antara dua seteru berdendam sejak Piala Dunia 1974, Belanda dan Argentina akan berlangsung di Stadium Lusail awal pagi esok dengan slot separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 akan dipertaruhkan.
Belanda terlebih dahulu menempah tempat ke suku akhir dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-1 di pusingan 16 terbaik, sekali gus menyaksikan anak-anak buah Louis van Gaal tidak tewas sepanjang di Qatar setakat ini, mengumpul tujuh mata daripada tiga aksi untuk mendahului Kumpulan A.
Sesungguhnya, Argentina pula gagal menjaringkan gol dalam setiap tiga perlawanan terakhir mereka menentang Belanda yang berjaya menyekat penguasaan skuad La Albiceleste dengan dua keputusan seri 0-0 dalam dua pertemuan Piala Dunia terakhir, namun bejaya memenangi separuh akhir 2014 menerusi sepakan penalti yang meremukkan hati The Oranje.
Namun, bagaikan skrip untuk Lionel Messi yang tampil kali ke-1,000 dalam bola sepak profesional dan perlawanan ke-100 sebagai kapten Argentina, pemenang tujuh Ballon d’Or itu akhirnya meledak gol di peringkat kalah mati buat sekian kalinya dan adakah itu petunjuk besar buat skuad bimbingan Lionel Scaloni meneruskan kemaraan di Qatar.