fbpx

Murid lukis ‘voice note’ dalam peperiksaan undang risau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar jawapan murid tersebut yang melukis 'voice note' dalam kertas Bahasa Melayu.

PETALING JAYA – Tindakan seorang murid melukis gambar nota kaki (voice note) gara-gara tidak dapat menjawab kertas jawapan peperiksaan subjek Bahasa Melayu, menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai.

Gambar yang dimuat naik oleh @k_izzudin di Twitter, menunjukkan lukisan ‘voice note’ seperti dalam aplikasi WhatsApp, seolah-olah meminta guru mendengar jawapan tersebut menerusi audio yang dilukis.

“Tidak lucu ya bila murid jawab macam ni. Pendidikan kita di tahap serius. Penguasaan asas subjek teras makin merudum. Peratusan murid cicir meningkat.

“Dalam konteks pendidikan, tidak patut soalan macam ni tidak boleh jawab, bahagian Komsas sepatutnya boleh skor. Jadi bila mana soalan macam ini pun budak tidak mampu nak jawab, seperti ada masalah dalam sistem pendidikan kita,” ciap @k_izzudin.

Di ruangan komen, majoriti orang ramai kelihatan bimbang dengan kesedaran terhadap kepentingan pelajaran dalam kalangan murid generasi kini yang ditelenggami dengan teknologi.

“Inilah dikatakan terlebih teknologi atau telefon pintar. Ibu bapa harus cakna akan perkembangan pembelajaran anak-anak, sesekali luangkan masa dengan anak bersama menyemak kerja sekolah.

“Tidak boleh mengharapkan sepenuhnya pada sekolah. Ini sudah ditahap yang membimbangkan,” ciap seorang netizen.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih 9,926 perkongsian dan 13,200 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI