fbpx

Pasangan 100 tahun meninggal dunia selang beberapa jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN itu telah berkahwin selama 79 tahun. - Family Photo

WASHINGTON – Sepasang suami isteri berusia 100 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang telah berkahwin selama hampir lapan dekad, meninggal dunia selang beberapa jam sambil berpegangan tangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Hubert dan June Malicote bertemu di sebuah gereja di Hamilton, Ohio pada 1941 sebelum mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian.

Mereka meninggal dunia selang 20 jam pada 30 November dan 1 Disember lalu di pusat jagaan Hospis Hamilton.

“Hubert mendahului June dalam kematian selang hanya beberapa jam sekali gus menandakan berakhirnya kisah cinta mereka selama 81 tahun,” demikian obituari mengenai kematian mereka.

Pasangan itu meraikan Hari Kesyukuran sehari sebelum cuti dengan menganjurkan pesta piza untuk seluruh keluarga mereka.

Anak lelaki mereka, Sam Malicote, 76, memberitahu akhbar Dayton Daily News bahawa ‘semuanya baik-baik sahaja’.

Akan tetapi, June jatuh sakit pada malam itu dan dibawa ke rumah jagaan oleh anak perempuannya, Jo Malicote, 70. Hubert melawat isterinya selepas Hari Kesyukuran dan jatuh sakit.

Hubert turut dimasukkan ke pusat jagaan dan ditempatkan di dalam bilik yang sama dengan June. Kedua-dua mereka tidak sedarkan diri.

Hubert meninggal dunia pada 9.15 malam (waktu tempatan) dan diikuti June pada 5.40 petang (waktu tempatan).

Pasangan itu telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-79 awal tahun ini. June berusia 100 tahun pada 13 Julai dan diikuti suaminya 10 hari kemudian.

Pasangan itu meninggalkan tiga anak iaitu Jo, Sam dan Theresa McBride, 68, selain tujuh cucu dan 11 cicit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI