fbpx

Hati-hati dengan ‘scam’ guna logo polis Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penipu akan menyuruh mangsa mengisi borang Google yang mempunyai logo SPF. - Channel News Asia

SINGAPURA – Orang ramai diminta berwaspada terhadap sindiket penipuan online yang memerangkap mangsa dengan cara meminta mereka mengisi borang Google yang lengkap dengan logo polis Singapura, lapor saluran berita Channel News Asia semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam, mangsa pada awalnya akan menerima e-mail meminta mereka menuntut baucar hadiah.

Selepas mengklik pada URL yang disertakan, mangsa akan dipaut terus ke satu laman web yang meminta mereka memasukkan maklumat kad kredit atau debit, kod keselamatan dan kata laluan sekali guna (OTP).

Transaksi penipuan kemudian akan dibuat kepada kad mangsa.

“Sejurus selepas transaksi, ‘scammer’ akan menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri mereka sebagai staf bank yang membuat susulan terhadap transaksi sebentar tadi,” kata SPF.

Mangsa kemudian akan diminta mengisi satu borang Google yang mempunyai logo SPF bersama-sama nombor kes palsu. Mangsa perlu mengisi maklumat peribadi dengan alasan untuk membuat laporan polis.

Tambah SPF, mangsa akan diminta memuat turun satu aplikasi perisian penipuan yang membolehkan ‘scammer’ mengambil alih komputer mangsa.

“Sindiket itu kemudian akan mengakses akaun perbankan internet mangsa untuk membuat transaksi tanpa kebenaran,” ujarnya.

Susulan itu, polis mengingatkan orang ramai agar tidak mengklik pautan URL yang meragukan yang diberikan oleh sumber-sumber tidak rasmi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI