fbpx

Trend siar detik majlis perkahwinan dalam TikTok makin popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Detik-detik majlis perkahwinan di AS kini menggunakan pencipta kandungan yang menyiarkan majlis penting di TikTok. Foto TikTok/New York Post

GEORGIA – Beberapa saat selepas Jasmine Parker dan suami baharunya memeterai ikrar perkahwinan dengan ciuman di dewan tarian di Atlanta bulan lalu, rakaman video detik perkahwinan mereka itu dikongsi ke Instagram Storynya dan disunting sebelum disiarkan pula dalam aplikasi TikTok, lapor New York Post semalam.

Pasangan bahagia itu telah membayar hampir AS$5,000 (RM22,030) untuk mengupah Lauren Ladouceur yang merupakan pencipta kandungan perkahwinan dan berusia dalam lingkungan 20-an.

Dia merakam, menyunting dan berkongsi detik di belakang tabir majlis perkahwinan tersebut selama 18 jam iaitu dari awal pagi sehingga ke tarian yang terakhir.

“(Ladouceur) seorang profesional. Saya sangat bimbang tentang bagaimana saya akan mengisi kandungan untuk majlis perkahwinan saya,” kata Parker di laman TikTok.

Ladouceur yang hanya bergantung pada telefon pintar, iPhone untuk merakam dan menyiarkan majlis penting itu, berjaya memperoleh 1.1 juta tontonan di TikTok.

Jumlah itu menyebabkan Jasmine berasa terkejut selepas video upacara tradisional Koreanya yang dikenali sebagai Paebaek disiarkan selepas majlis perkahwinannya di Amerika Syarikat (AS) berakhir pada bulan lepas.

Melalui cara itu, mengupah jurugambar dan juruvideo tradisional yang mana kedua-duanya pada kebiasaannya mengambil masa selama beberapa minggu untuk mendokumentasikan ‘hari-hari penting’ tidak lagi diperlukan.

Ladouceur yang bekerja sebagai pencipta kandungan digital sepenuh masa, secara rasmi menjenamakan dirinya sebagai vendor perkahwinan yang ‘pintar media sosial’ kepada lebih 21,000 pengikut TikToknya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI