fbpx

Fokus pemerkasaan PKS dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan Osman

PETALING JAYA – Kerajaan diharap menjadikan pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan sebagai antara agenda utama bagi tahun 2023.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, sokongan kerajaan bakal membolehkan usahawan-usahawan lebih menjadi berdaya tahan, seterusnya mengalami pertumbuhan melalui pelbagai inisiatif yang diatur.

Menurutnya, tahun depan dijangka lebih mencabar buat usahawan dengan ahli-ahli ekonomi termasuk dari Bank Dunia meramalkan kemelesetan ekonomi global.

“PKS menyumbang sekitar 30 peratus daripada ekonomi negara, jadi sektor ini perlukan kerjasama dan sokongan kerajaan serta agensi-agensi berkaitan.

“Apabila PKS diperkasa, ia secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi negara setelah usahawan-usahawan kembali menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat,” katanya ketika sesi perkongsian di Facebook Azizan Osman Official, baru-baru ini.

Azizan menambah, sektor PKS juga banyak mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat.

“Untuk kerajaan memperbaiki tahap kewangan rakyat, mereka turut perlu jaga organisasi yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

“Sekitar 90 peratus syarikat berdaftar merupakan PKS yang mana mereka juga merupakan majikan kepada lebih kurang 60 peratus tenaga kerja di negara ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI