fbpx

Kekasih berang Ronaldo terperap di bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Georgina Rodriguez turut hadir menonton perlawanan antara Portugal menentang Switzerland di Stadium Lusail, Qatar pada Selasa lalu. - Foto AFP/Getty Images

DOHA, Qatar – Teman wanita bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo berasa marah selepas kekasihnya itu hanya dibenarkan bermain dalam tempoh yang singkat ketika Portugal menentang Switzerland kelmarin, lapor laman berita MailOnline.

Model itu, Georgina Rodriguez yang berumur 28 tahun,  tidak gembira walaupun pasukan pemain bola sepak itu menang 6-1 disebabkan Ronaldo, 37, menghabiskan banyak masa dengan duduk di bangku simpanan di Stadium Lusail, Qatar.

Rodriguez menggunakan media sosial bagi menyuarakan kemarahannya dengan menulis: “Adalah memalukan, kami tidak dapat menikmati (aksi) pemain terbaik dunia selama 90 minit’.

Ketika perlawanan itu berlangsung, model tersebut berada di Stadium Lusail  bagi menyaksikan Portugal menewaskan Switzerland untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Dalam perlawanan itu, Goncalo Ramos, 21, yang menggantikan Ronaldo menjaringkan tiga daripada enam gol tetapi bintang bola sepak tersebut hanya bermain dalam tempoh lebih 16 minit tanpa melakukan sebarang jaringan.

Rodriguez turut menulis bagi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Portugal dengan menulis di laman Instagram: “Semasa 11 pemain menyanyikan lagu kebangsaan, semua kamera tertumpu pada anda (Ronaldo). Orang ramai tidak berhenti memanggil anda dan menjerit nama anda.”

Model itu turut memuat naik gambarnya di laman Instagram itu. – Agensi   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI