fbpx

Kekerapan tren LRT akan ditambah kepada 3 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya akan ditambah kepada tiga minit berbanding lima minit bermula tahun depan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cepat dan selesa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad telah memberikan komitmen termasuk untuk mempercepatkan penyelenggaraan tren sedia ada dan penambahan sebanyak 19 set tren.

“Secara keseluruhan ada 56 set tren dan setakat ini yang beroperasi hanya 38 unit kerana ada selebihnya dalam proses penyelenggaraan. Itu sesuatu yang tidak memuaskan. Kita mahu secara optima.

“Kita mahu lihat kekerapan tren paling minima tiga minit satu tren. Kita mahu frekuensi tiga minit untuk setiap tren. Jadi bermula dari sekarang kita akan cuba tambah tren supaya kekerapan dapat ditambah.

“Bagaimanapun dalam tempoh ini kita tidak dapat beri komitmen untuk turunkan kepada tiga minit, tetapi tidak bermakna lima minit itu statik. Kalau ada tren tambahan kita boleh percepatkan kurang lima minit.

“Komitmen kita sekarang kekerapan lima minit akan kurang (kepada) tiga minit menjelang suku ketiga tahu 2023,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI