fbpx

Hakim Nordin didakwa buat posting ancam doktor isu vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pekerja restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam beberapa doktor berhubung pengambilan vaksin Covid-19 melalui laman sosial Facebook, Januari lalu.

Bagaimanapun, Norhakim Nordin, 39, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, OKS yang juga bapa dua anak itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks yang mengancam sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Facebook “Hakim Nordin” pukul 11.12 malam pada 22 Januari lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini, pada 24 Januari pukul 4 petang, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

OKS yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah memandangkan dia yang hanya berpendapatan RM2,000 perlu menanggung dua anak serta isteri.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari depan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI