fbpx

Bomba sanitasi Maahad, Balai Polis Sungai Way

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melakukan operasi sanitasi atau nyah cemar di Maahad Sains Al-Quran Al-Amin dan Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya hari ini.

Operasi itu dijalankan selepas menerima permohonan daripada kedua-dua premis tersebut untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Zainal Elias Abdul Aziz berkata, beliau bersama tujuh anggota melakukan semburan sanitasi itu bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Operasi pertama dijalankan di maahad itu sebelum disusuli dengan Balai Polis Sungai Way yang berakhir pukul 12 tengah hari.

“Kita menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk melakukan semburan nyah kumah di seluruh premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ujar beliau, dua premis itu tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19 dan hanya melibatkan operasi sanitasi biasa.

“Semua pemilik premis juga boleh membuat permohonan itu namun bergantung sepenuhnya kepada kelulusan JPBM negeri,” katanya.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 68 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negeri ini sehingga semalam.

Jumlah kes penularan tempatan itu termasuk 18 di daerah Petaling selain Gombak, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Sebanyak 24 kematian direkodkan dengan kes kumulatif keseluruhan berjumlah 2,814 orang. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI