PETALING JAYA – Telatah seorang kanak-kanak lelaki yang menyorok sambil ‘meratah’ susu formula bayi milik sepupunya menarik perhatian orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai melucukan.
Perkongsian video oleh ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya memaparkan anak saudaranya sedang menyorok di belakang rumah sambil meratah susu formula bayi milik anaknya.
Video mencuit hati tersebut kemudian tular dan mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada orang ramai.
“Lawak sungguh budak ini, tersengih-sengih pula tu bila sudah kantoi, teringat saya zaman kecil suka juga meratah susu,” komen seorang pengguna TikTok.
“Macam anak saya yang sulung juga, habis susu adiknya kena ratah lepas balik sekolah, agaknya sedap bagi mereka, saya biarkan sahaja, bila dah jemu nanti memang dia tidak mahu dah,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
“Jangan garang sangat, kesian dia, mungkin dia teringin hendak jadi bayi lagi. Apa-apa pun jarang budak suka minum susu yang tidak dibancuh, lain pula budak bertuah ini, dengan botol-botol sekali dia angkut,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.
Sementara itu, ada juga orang ramai yang berpendapat bahawa susu tepung formula bagus untuk membantu tumbesaran kanak-kanak kerana mempunyai banyak khasiat.
“Bagus kalau suka susu. Susu ini merupakan sumber yang baik kerana mempunyai pelbagai nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak, banyak nutrien dalam susu,” jelas pengguna TikTok di ruangan komen.
Setakat ini, video telatah si penggemar susu itu telah meraih sebanyak lebih 500,000 tontonan, 28,000 tanda suka dengan 319 perkongsian. – KOSMO! ONLINE