fbpx

Gajikan PATI nelayan RM2,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat termasuk tiga PATI yang ditahan Maritim Malaysia (APMM) Selangor

KUALA SELANGOR – Kegiatan penangkapan ikan dengan mengaji pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penahanan sebuah bot nelayan di kedudukan 2.4 batu nautika Sungai Burong, Tanjung Karang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi menahan tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai dibayar gaji bulanan RM2,000 selain turut menangkap tekong warga tempatan.

Keempat mereka yang ditahan berusia 25 hingga 35 tahun menerusi rondaan rutin Op Ehsan dan Op Benteng Laut.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot nelayan kelas B1 itu juga didapati melanggar syarat sah lesen apabila menangkap hasil laut di bawah lima batu nautika.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Malaysia dan tiga warga Myanmar.

“Pemeriksaan dokumen mendapati, kesemua kru warga asing gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah.

“Siasatan turut mendapati PATI itu telah digaji antara tiga hingga enam bulan dengan gaji RM2,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas 100 kilogram hasil ikan campuran yang ditangkap mereka sepanjang berada di laut.

“Bot bersama suspek telah dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI