fbpx

Ular sawa batik 60 kg ‘tumpang’ bonet MPV cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap ular sawa batik seberat 60 kilogram di dalam bonet sebuah MPV di Kampung Padang Kala, Melor dekat Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN APM

KOTA BHARU – Seorang guru wanita terkejut apabila menyedari seekor ular sawa batik seberat 60 kilogram berada di dalam bonet kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum ke sekolah di rumahnya di Kampung Padang Kala, Melor di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi semasa guru berusia 53 tahun itu memanaskan enjin MPV jenis Toyota Unser miliknya sementara bersiap-siap untuk ke sekolah.

Ketua Operasi Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Siti Nur Zakiah Abdul Halim berkata, guru itu pada awalnya pelik apabila terdengar bunyi dari bahagian bonet MPV itu semasa memanaskan enjin.

Menurutnya, curiga dengan bunyi itu, guru berkenaan terus membuka bonet kenderaaannya sebelum mendapati seekor ular sawa batik berada pada bahagian bateri.

“Wanita itu terus menghubungi panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.25 pagi sebelum seorang pegawai dan empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan ular sawa batik sepanjang tiga meter itu menggunakan alat khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Siti Nur Zakiah, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah dan diletakkan dalam sangkar sementara menunggu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambilnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI