fbpx

Mukhairi sedia pikat bos Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI (kiri) akan membuktikan keupayaannya untuk layak berada dalam senarai skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF yang berlangsung hujung bulan ini.

BINTANG meningkat naik Sela­ngor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi mahu membuktikan prestasi cemerlangnya bersama skuad Gergasi Merah bukan satu kebetulan apabila berpeluang menyertai skuad Harimau Malaya menentang Kemboja dan Maldives pada aksi persahabatan bulan ini.

Meskipun memiliki masa singkat dalam sesi orientasi bersama skuad kebangsaan kali ini, Mukhairi mengakui tempoh yang ada menjadi detik kritikal buatnya mendapatkan segera rentak, sekali gua memikat perhatian pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

“Kita dapat lihat senarai panggilan kali ini agak berbeza. Saya sebagai pemain baharu akan menggunakan platform ini sebaik mungkin bahkan tidak akan sia-siakan peluang berada dalam skuad Harimau Malaya.

“Pada aksi persahabatan ini, jurulatih pastinya akan pilih pemain terbaik dalam senarai akhir dan ini peluang terbaik untuk kami bersaing merebut tempat, begitu juga saya yang akan cuba pamerkan keupayaan sehabis baik.

“Kalau dapat sertai skuad Harimau Malaya ke Piala AFF, perkara pertama saya akan adalah tunjukkan keupayaan bagi membuktikan saya sememang­nya layak. Saya letak harapan untuk berada dalam senarai pasukan kebangsaan,” katanya.

Sepanjang kempen Piala Malaysia sebelum ini, Mukhairi menjadi antara watak utama kepada skuad Gergasi Merah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe muncul naib juara.

Mengulas lebih lanjut penyer­taannya dalam latihan pusat kali ini, Mukhairi tetap mengakui dapat merasai perubahan terutamanya dalam mengikut perancangan yang disusun atur oleh Pan-gon.

“Kita dapat jurulatih baharu yang terapkan permainan beritensiti tinggi. Saya bersyukur apabila dapat beraksi bersama skuad senior.

“Pada awal saya lapor diri, ada rasa kekok sebab baru lepas bercuti tetapi dengan masa yang saya ada, ia akan jadi peluang untuk saya tambah baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI