fbpx

‘Untung cikgu, anak-anak murid layan seperti puteri ‘ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik guru berkenaan di akaun TikTok @nurulatikahbaharu

PETALING JAYA – Menjadi idaman setiap tenaga pendidik mempunyai anak murid yang beradab serta menghargai diri mereka setelah penat jerih mendidik insan-insan ini.

Itulah yang dialami oleh seorang guru sukan di sebuah sekolah di Selangor, apabila video yang dimuat naik di akaun TikToknya, dikenali sebagai @nurulatikahbaharu mendapat perhatian orang ramai.

Di dalam video itu, anak-anak muridnya kelihatan ‘sayang’ sangat kepadanya sehingga sanggup berkaki ayam dengan memberikan selipar dan payung kepada cikgu itu ketika hari hujan.

“Bila murid layan seperti ibu dan puteri. Seorang bagi selipar dan dia rela berkaki ayam sebab tidak mahu kasut cikgu basah, yang seorang lagi cepat-cepat pergi ambil payung sebab enggan lihat saya basah,” tulisnya di dalam video itu.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 1.5 juta tontonan, 159,000 tanda suka dan 805 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai terharu dan memuji anak-anak murid itu yang beradab terhadap guru mereka serta mempercayai guru itu sangat mesra terhadap pelajar-pelajarnya sehingga mendapat layanan sedemikian.

“Budak-budak ini kalau cikgu layan mereka dengan baik, mesti mereka akan layan kita seperti puteri juga. Mesti cikgu ini beri layanan yang baik pada mereka,” komen seorang netizen.

“Tinggi adab budak-budak ini, semoga mereka semua sentiasa menjadi kebangaan ibu bapa dan guru-guru mereka,” komen netizen yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI