fbpx

Piala Dunia: Ronaldo nafi sudah bersetuju ke Al Nassr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO menafikan bahawa dirinya sudah bersetuju menerima kontrak lumayan ditawarkan oleh Al Nassr. – AFP

LUSAIL – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo menafikan laporan yang mengatakan dia sudah bersetuju menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022.

Ronaldo, 37, menjadi ejen bebas selepas kontraknya ditamatkan Manchester United bulan lepas gara-gara kenyataan kontroversi dalam temu bual bersama Piers Morgan.

Situasi itu menarik minat Al Nassr apabila dikatakan telah menawarkan kontrak lumayan kepada kapten Portugal tersebut yang berjumlah £100 juta (RM533.99 juta).

Bagaimanapun, Ronaldo yang masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland pada pusingan 16 terbaik di Stadium Lusail awal pagi semalam menyangkal dakwaan tersebut.

“Tidak. Ia sama sekali tidak benar,” katanya ringkas mengenai perpindahan tersebut.

Pemenang lima Anugerah Ballon d’Or itu dilaporkan bergelut mencari kelab baharu dengan sumber kewangan yang kukuh untuk membayar gaji bulannya yang cukup tinggi.

Beberapa kelab berpotensi seperti gergasi Jerman, Bayern Munich terpaksa menolak peluang itu kerana mempunyai perancangan berbeza dengan memberi lebih tumpuan kepada pemain-pemain muda dan tidak berminat untuk membawanya ke Allianz Arena.

Sebagai rekod, Ronaldo memulakan karier bersama Spor­ting Lisbon sebelum berhijrah ke Manchester United, Real Madrid dan Juventus dengan memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN