fbpx

Cuaca buruk di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima buah negeri sehingga 5:00 petang nanti.

MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat membabitkan negeri Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan di negeri Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Manakala bagi wilayah Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Selain itu, bagi wilayah Sabah pula meliputi kawasan pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) serta di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” jelasnya menerusi satu hantaran.

Dalam pada itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama (ketinggian ombak 3.5 ke 4.5 meter) dan kategori kedua (2.5 ke 3.5 meter) turut dikeluarkan yang melibatkan timur laut Condore, Utara Reef North, Layang-layang dan Barat Palawan (kategori kedua) dan Condore, Selatan Reef North, Labuan dan Timur Palawan (kategori pertama) sehingga isnin depan.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh masa tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI