fbpx

Muhyiddin perlu ‘move on’, jangan jadikan istana bahan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI (kanan) menggesa agar Muhyiddin 'move on' dan terima keputusan atas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta untuk ‘move on’ dan tidak menjadikan institusi Diraja Malaysia sebagai bahan politik murahan dan sendaan umum.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd. Hairi Mad Shah sebaliknya berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu akur titah Yang di-Pertuan Agong kerana melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan.

Katanya, Muhyiddin tidak perlu mengaitkannya perkara itu dengan memetik ‘bumbung hijau’ atau ‘bumbung kuning’.

“Adakah Tan Sri Muhyiddin tidak boleh terima dan mahu menyalahkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang telah menitahkan Datuk Seri Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan untuk membentuk kerajaan.

“Diharap Tan Sri Muhyiddin dah boleh ‘move on’ dan tidak menjaja isu ini dan menjadikannya sebagai modal politik murahan untuk menghasut dan menanam persepsi negatif kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Hairi mendesak agar Muhyiddin tidak terus menerus berpolitik dengan menghasut dan menanam persepsi negatif kepada rakyat.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu rakaman tular ketika berceramah mendakwa beliau telah mempunyai sokongan daripada seramai 115 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan persekutuan serta mempersoalkan keabsahan kerajaan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI