fbpx

Dua bot nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairulanuar (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian hasil laut yang disyaki ditangkap secara haram oleh nelayan Vietnam ditahan di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerakusan dua bot nelayan Vietnam menangkap ikan di perairan negara secara haram membawa padah apabila 19 kru termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu ditahan pada kedudukan 135 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada pukul 10.15 malam.

Beliau berkata, selain menahan kru berusia 16 antara 62 tahun, APMM turut dirampas hasil tangkapan laut, bekalan minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan bot yang bernilai keseluruhan RM3 juta.

“Sewaktu ditahan, kedua-dua bot berada berdekatan dan sedang leka menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.

“Bot pertama dikendalikan 14 kru manakala bot kedua pula mempunyai lima orang kru termasuk tekong yang kesemuanya warganegara Vietnam.

“Proses membawa bot-bot berkenaan ke Jeti Maritim negeri mengambil masa lebih 35 jam akibat cuaca buruk sebelum tiba sekitar 8.15 pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI