fbpx

Penumpang tren khas MySawasdee naik bas ke Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 400 penumpang tren khas MySawasdee untuk perjalanan 9 Disember depan akan menaiki bas dari Stesen Padang Besar di Thailand menuju ke Hatyai.

Menurut hantaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam laman sosial rasminya, perjalanan tren itu dari KL Sentral pada tarikh ditetapkan diteruskan mengikut jadual ditetapkan.

“Bagaimanapun, terdapat perubahan pergerakan di sempadan apabila mereka menaiki bas khas dari Stesen Padang Besar, Thailand terus ke Stesen Hatyai.

“Penumpang dari KL Sentral akan menjalani pemeriksaan imigresen dan kastam di Stesen Padang Besar, Perlis tanpa perlu membawa bagasi,” katanya.

Penumpang yang sudah membeli tiket balik ke KL Sentral untuk tarikh perjalanan pada 12 Disember juga akan menaiki bas dari Hatyai menuju ke Stesen Padang Besar, Thailand.

Meskipun syarikat rel tempatan itu tidak memberikan sebarang alasan, pertukaran itu dipercayai susulan kes dua insiden letupan bom di landasan kereta api di Sadao, Thailand.

Kejadian terbaharu pada semalam itu menyaksikan tiga staf State Railways of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi pekerja agensi kereta api negara tersebut pula cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI