fbpx

PRU15: Calon PN buang undi 8.26 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR IDAYU Hashim selesai membuang undi pada pukul 8.26 pagi di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok, Rompin.

ROMPIN – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman memilih keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) DUN Tioman hari ini.

Calon yang juga merupakan Ketua Muslimat Pas Cawangan Pianggu Rompin, Nor Idayu Hashim tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok, di sini, pada pukul 8.26 pagi.

Nor Idayu hadir ditemani pasukan keselamatan selesai membuang undi di saluran dua.

Calon sempat beramah mesra bersama pengundi di pusat mengundi terbabit sebelum beredar dari pusat pengundian tersebut kira-kira pukul 8.50 pagi.

Nor Idayu kemudiannya beredar ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pianggu untuk menemui suaminya, Muhammad Daud yang mengundi di situ sebelum berkunjung ke 14 pusat mengundi lain.

Pada 19 November lalu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN, Md. Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRU DUN Tioman perlu diadakan semula hari ini.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan pertembungan antara penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussien; Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly; Bebas, Sulaiman Bakar; Parti Pejuang Tanah Air, Osman Bakar dan calon PN Nor Idayu Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI