fbpx

Wanita serik 3 kekasih mengaku bankrap selepas jahit baju pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eva kini hanya mahu hidup tenang dan berharap bertemu dengan pasangan yang memahaminya. - TikTok @kimiko.8

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia berkongsi kisah hidupnya yang sudah tiga kali ditinggalkan kekasih sejurus selesai menjahit baju pengantin sendiri, lapor portal berita Wolipop semalam.

Eva Muji  menerusi akaun TikTok miliknya menceritakan pengalaman pernah dilamar oleh tauke berlian, pemilik syarikat hartanah dan kontraktor muda. 

Menurut Eva, dia pada awalnya dilamar tauke berlian ketika usia 25 tahun dan kerap diberi hadiah berlian oleh lelaki itu.

“Saya menghasilkan baju kahwin sendiri dengan bertemakan majlis dalam taman. Ternyata, anting-anting berlian yang diberikan adalah tanda perpisahan kerana dia menghilangkan diri, kononnya disebabkan perniagaan bankrap,” ujarnya.

Tambah Eva, tiga tahun kemudian, seorang pemilik syarikat hartanah mula mendekatinya dan menunjukkan keseriusan untuk memperisterikan wanita itu.

“Dia meminta saya pergi ke bilik pameran untuk memilih sendiri mana-mana hartanah yang saya suka dan saya turut diberikan rumah,” jelasnya.

Tambah Eva lagi, selepas mereka sepakat untuk berkahwin, dia mula menjahit busana pengantin untuk dirinya dan keluarga namun, lelaki berkenaan turut menghilangkan diri kerana perniagaannya jatuh muflis.

Ketika berumur 36 tahun, Eva bertemu pula dengan seorang kontraktor termuda yang berjaya sehingga mereka sempat merakam gambar praperkahwinan.

“Dia menghadiahkan saya satu set perhiasan mutiara asli dari Lombok serta diberikan sebuah kereta,” jelasnya.

Namun, kisah yang sama berulang kembali apabila Eva ditinggalkan lelaki tersebut kerana perniagaannya didakwa turut bankrap selepas Eva menyiapkan baju pengantin. 

Kini, selepas berusia 40 tahun, Eva berkata, dia hanya ingin hidup tenang dan bertemu dengan pasangan yang sehaluan dengannya.

“Saya belum berkahwin sehingga sekarang kerana semuanya gagal sebelum ini. Semuanya hanya sampai tahap melamar sahaja kerana sejurus saya menyiapkan baju pengantin, mereka menghilangkan diri begitu sahaja,” katanya.

Kisah Eva menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Ritual khusus adalah jahit sendiri baju pengantin dan pasangan terus menghilangkan diri. Selamat tinggal, yang penting harta sudah saya dapat,” kata seorang pengguna.

“Setiap kali selesai jahit baju pasti si lelaki bankrap. Sesiapa tolong jelaskan,” ujar seorang lagi netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI