fbpx

APMM tahan bot pukat tunda, 2 Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pukat tunda yang ditahan di Pulau Sangga Besar dekat Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat tunda bersama dua kru warga Myanmar pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, mereka ditahan pada kedudukan 9.3 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar di sini.

Beliau berkata, semasa rondaan dilakukan di perairan Kerian dan Larut Matang, pihaknya mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati dua kru warga Myanmar termasuk tekong berusia 23 dan 32 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada atas bot.

“Pemeriksaan mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah, namun pemilik asal tidak mengusahakannya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 30 kilogram udang campur ditemui. Kedua-dua kru ditahan, manakala bot, peralatan menangkap ikan dan hasil perikanan dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI