fbpx

Wanita hasilkan ‘mata bionik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xia Tong menggunakan ‘mata bionik’ yang boleh bersinar dalam beberapa warna dengan hanya menekan satu butang. – Oddity Central

BEIJING – Seorang wanita di China yang hilang sebelah matanya akibat kemalangan kereta menjadi perhatian ramai kerana memiliki mata palsu yang boleh bersinar dalam pelbagai warna, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada 2013, Xia Tong, 28, hilang satu matanya di mana ketika itu, dia baru berusia 18 tahun. Tragedi itu memaksanya menggunakan mata palsu.

Tidak berasa malu dengan kekurangan diri, Xia Tong sebaliknya menjadikan keadaan tersebut sebagai cara untuk dia meraih populariti.

Selepas menyambung pengajian dan bergelar juruteknik mata palsu, Xia Tong mula menghasilkan pelbagai jenis mata palsu untuk dirinya yang kemudian dipaparkan di laman media sosial.

Gadis berkenaan bukan sahaja dikenali ramai kerana mampu menghasillan mata palsu yang kelihatan amat mirip dengan mata sebenar, bahkan dikenali kerana memiliki ‘mata bionik’ yang boleh bersinar dalam beberapa warna dengan hanya menekan satu butang.

Beberapa klip video yang dikongsikan Xia Tong baru-baru ini menjadi tular di media sosial China kerana memaparkan dia mencuba mata bionik yang luar biasa, selain gadis itu turut mendapat perhatian media arus perdana.

Menurut Xia Tong, dia menghasilkan mata palsu sebagai cara membantu orang sepertinya yang bergelut dengan masalah keyakinan diri.

Tambahnya, dia telah bertemu ramai orang yang memencilkan diri atau mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah selepas kehilangan sebelah mata.

 Ia memberi keyakinan kepada Xia Tong untuk menjadi pakar mata dan menghasilkan mata palsu yang lebih baik. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI