fbpx

Hendak main bola ke menari? ‘Tarian bapa’ pemain Brazil dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Brazil membuat tarian serupa setiap kali selepas menjaringkan gol. – AFP

DOHA, QATAR – Sebilangan peminat bola sepak mendesak supaya Brazil disingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas pengurus pasukan dan pemain membuat ‘tarian bapa’ dalam aksi perlawanan menentang Korea Selatan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Juara lima kali itu mendahului  4-0 ketika menentang Korea Selatan pada separuh masa pertama dalam perlawanan malam semalam. 

Vinicius Jr menjaringkan gol pertama hanya selepas 7 minit perlawanan bermula, manakala  jaringan itu diraikan dengan gerakan tarian seragam daripada para pemain Brazil.

 Mereka mengulangi gerakan tarian yang sama selepas setiap jaringan gol.

Tidak cukup dengan itu, para pemain Brazil turut berlari ke garisan tepi untuk mengajak pengurus, Tite agar menari bersama selepas Richarlison menjaringkan gol ketiga.

Situasi itu menyebabkan ramai penyokong pasukan lawan menggesa agar pasukan Brazil atau dikenali sebagai Selecao disingkir daripada kejohanan itu sebagai hukuman.

“Adakah saya seorang sahaja yang berasa tindakan itu menjengkelkan apabila pasukan Brazil menari seolah-olah mereka telah memenangi Piala Dunia ketika menentang Korea Selatan?” kata seorang netizen.

“Brazil perlu hilang kelayakan (dalam Piala Dunia) kerana meraikan (tarian) seperti itu,” kata seorang pengguna lain. 

Brazil menyasarkan untuk meneruskan kehebatan mereka dalam Piala Dunia dengan menempa kejuaraan keenam pada acara di Qatar tahun ini dan membawa pulang piala pertama kali sejak 2002. – Agensi 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI