fbpx

Tengku Zafrul nafi ke Qatar untuk tonton Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul membuat penjelasan menerusi laman media sosial Instagram beliau.

PUTRAJAYA – “Saya sebenarnya ke Abu Dhabi bukan tengok Piala Dunia di Doha, Qatar,” itu jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul hari ini menafikan berita tersebar di media sosial kononnya beliau ke Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia yang sedang berlangsung di negara itu.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Tengku Zafrul berkata, beliau sebenarnya ke Abu Dhabi bagi menyaksikan majlis perjanjian bersejarah antara Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd & Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

“Baru sahaja angkat sumpah, sudah keluar macam-macam berita palsu kononnya saya ponteng Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tengok Piala Dunia di Qatar.

“Saya ke Abu Dhabi bukan ke Doha. Abu Dhabi tiada Piala Dunia, Doha sahaja yang ada.

“Saya ke Abu Dhabi atas utusan rasmi dan bukan saja-saja. Tidak hadir Mesyuarat Jemaah Menteri bukan macam ponteng kelas,” katanya.

Katanya, mana-mana menteri yang mahu keluar negara perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri dan jika tidak lulus tidak boleh pergi.

Tengku Zafrul berkata, selepas angkat sumpah menteri pada Sabtu lalu beliau terus ke Ibu Peiabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian mengenai misi perdagangan ke Abu Dhabi itu.

Menurutnya, beliau memohon kepada semua supaya tidak cepat percaya dengan cerita sensasi di media sosial.

Perjanjian bersejarah bagi Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu membabitkan kerjasama bagi meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

Antara yang hadir untuk menyaksikan detik bersejarah ini adalah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI