fbpx

Berpesta tangkap ikan air tawar ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afif Jazimin menunjukkan ikan lampam yang ditangkap berhampiran rumahnya di Kampung Tersang, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Biarpun rumah ditenggelami banjir akibat limpahan air Sungai Golok, namun rata-rata penduduk di tiga buah kampung di sini meraih rezeki terpijak apabila dapat menangkap pelbagai jenis ikan air tawar di tepi rumah.

Penduduk di Kampung Tersang, To’Deh dan Bendang Perol hanya menggunakan jala, bubu, pukat dan joran untuk menangkap ikan lampam, toman galang selain ikan ubi di kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk, Afif Jazimin Ibrahim, 30, berkata, biarpun kusut dengan keadaan rumah, namun bersyukur dengan rezeki diperolehi pada musim banjir apabila bubu yang ditahan di kawasan rumahnya dapat menahan ikan lampam.

“Setiap kali air Sungai Golok melimpah, saya pasti akan menahan bubu menangkap ikan air tawar menggunakan bubu.

“Bubu ini diletakkan di tepi rumah kira-kira empat hari lalu dan diangkat setiap hari apabila paras air sungai surut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Tersang semalam.

Menurut Afif Jazimin, dia mampu memperoleh kira-kira 10 ekor lampam setiap hari di dalam bubu yang ditahannya.

Katanya, ikan air tawar merupakan makanan utama penduduk di Rantau Panjang terutamanya musim tengkujuh kerana ia mudah diperoleh.

“Sekiranya mendapat ba­nyak ikan air tawar terutamanya lampam, saya akan menjualnya pada harga RM20 sekilogram.

“Kebiasaannya, hasil tangkapan hanya dijadikan lauk asam pedas untuk hidangan ahli keluarga,” katanya.

Menurut Afif Jazimin, meskipun rumah dinaiki air akibat limpahan Sungai Golok, aktiviti menangkap ikan air tawar sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebimbangan dan mengisi masa lapang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI