fbpx

Mahkamah: Pemandu lori didenda RM6,000 pindah lembu tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMADIE Ramli (tengah) hadir di Mahkamah Majistret Selayang bagi menghadapi pertuduhan memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran.

SELAYANG – Seorang pemandu lori didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor.

Majistret Nor Hafizah Rajuni turut memerintahkan Rosmadie Ramli, 32, dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda. Rosmadie membayar denda yang ditetapkan.

Rosmadie selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa memindahkan 18 ekor lembu yang masih hidup, seekor lembu tidak bermaya dan bangkai seekor lembu menggunakan lori.

Kesalahan dilakukan pada pukul 1.10 pagi, 7 Ogos lalu di tepi jalan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang bersebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak di sini tanpa kebenaran Pengarah JPV Selangor atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

OKS didapati melanggar Perintah 4(1(a) Perintah Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut (Negeri Selangor) 2001.

Sehubungan itu, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 36(1(c) Akta Binatang 1953 dan dihukum di bawah Seksyen 36(7) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM15,000.

Rosmadie yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah kerana mempunyai isteri dan dua anak.

Pegawai Pendakwa JPV Selangor, Mohd. Sharif Sabran memohon hukuman setimpal kerana lembu-lembu yang dipindahkan itu diserang penyakit kuku dan mulut (FMD) dan boleh merebak kepada ternakan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI