fbpx

3 lelaki gagal seludup diesel ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tekong dan dua awak-awak dan ditahan selepas gagal menyeludup diesel di perairan Kuala Perlis pada semalam.

KUALA PERLIS – Tindakan licik tiga suspek cuba menyeludup 8,000 liter diesel berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 8.13 malam itu, sebuah bot nelayan Kelas C bernombor pendaftaran KF 2420 ditahan bersama tiga lelaki berusia antara 22 hingga 38 tahun di perairan Kuala Perlis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat risikan dan intipan dilakukan Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis.

“Bot nelayan tersebut ditahan di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis ketika bot ronda APMM menjalankan rondaan Op Aman.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot tersebut dikendalikan oleh tekong dan dua awak-awak kesemuanya warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, bot tersebut telah diubah suai dengan menambah ruang tangki minyak di bawah rumah kemudi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Anggaran nilai minyak diesel yang dirampas adalah sebanyak 8,000 liter dengan nilai RM16,000. Nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, dan minyak diesel sekitar RM 216,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana mengubah suai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi,” jelasnya.

Tambahnya, bot dan semua suspek dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI