fbpx

Video sindir anggota polis ‘cari makan’ semasa bertugas disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pegawai polis yang bertugas semasa operasi penguatkuasaan lalu lintas beserta kapsyen menyindir ‘05/12 look got people here cari makan’, semalam.

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial disiasat gara-gara memuat naik video bersifat sindiran terhadap anggota polis yang sedang bertugas berhampiran lampu isyarat di PJS 3/44, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan satu klip video berniat fitnah yang tular di aplikasi TikTok dimuat naik @goodmorninglim.

Katanya, kandungan video itu memaparkan seorang pegawai polis yang bertugas semasa operasi penguatkuasaan lalu lintas berserta kapsyen menyindir ‘05/12 look got people here cari makan’.

“Tindakan pengguna itu memuat naik klip video tersebut mendorong masyarakat memandang serong terhadap tugas polis selaku penjawat awam dan menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ku Mashariman menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita tidak benar dan membuat spekulasi yang mengganggu ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI