fbpx

Nafuzi pilih kemudi Sang Kenari musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI (kanan) bersama pemilik pasukan, Mohd. Daud (tengah) serta Khamal Idris bergambar bersama selepas sidang akhbar di House Of Sang Kenari di Kanchut, Alor Setar hari ini.

JURULATIH meningkat naik yang juga bekas pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain menamatkan teka-teki mengenai destinasi baharunya apabila menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam.

Nafuzi mengakui memilih skuad Sang Kenari kerana tertarik dengan perancangan dibuat oleh pihak pengurusan terutama pemilik pasukan, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar.

“Saya jangkakan tugas yang mencabar di sini lebih-lebih lagi KDA FC merupakan satu pasukan yang besar terutamanya dari segi sejarah, legasi serta penyokong fanatik.

Sementara itu, Mohd. Daud memberitahu, Nafuzi akan dibantu dua individu berkaliber dari Brazil iaitu Antonio Silvio Santos Concalves serta Helber Richard Quintana Silva yang bertindak sebagai jurulatih kecergasan serta ahli fisioterapi pasukan.

“Kami akan menampilkan seramai 25 pemain untuk saingan Liga Super kali ini dengan ada antara mereka sudah ditandatangani, manakala selebihnya akan diumumkan pada masa akan datang.

“Kami memberi kebebasan kepada Nafuzi untuk menentukan senarai pemain dikehendaki yang dirasakan terbaik untuk pasukan. Beliau akan memilih pemain dan kami berkomunikasi mengenai beberapa perkara berkaitan seperti bajet dan sebagainya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali pula berkata, jersi nombor tujuh pasukan itu yang sebelum ini tidak digunakan oleh mana-mana pemain sebagai penghormatan kepada pemain legenda Kedah, Baddrol Bakhtiar akan terus ‘dikosongkan’ pada masa musim depan.

“Tunggu hingga ada pengganti nanti, jersi itu akan dimiliki. Tetapi untuk 2023, masih belum ada individu akan memakai jersi itu lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI