fbpx

Belanja RM1,000 baru boleh beli minyak masak peket, gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putra menyusun bekalan gula pasir yang terhad di kedai runcitnya di Taman Sri Impian, Kluang semalam.

KLUANG – Peniaga di daerah ini berada dalam dilema selepas pihak pemborong meletakkan syarat tidak masuk akal iaitu perlu berbelanja minimum RM1,000 dalam satu pembelian untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket dan gula.

Situasi itu terpaksa dihadapi sebahagian peruncit yang datang mendapatkan bekalan barang-barang jualan di kedai pemborong sekitar Kluang.

Pemilik sebuah kedai runcit di Taman Sri Impian, Putra Ahmad, 35, berkata, untuk pembelian barangan bernilai RM1,000 mereka hanya dapat membeli sekotak minyak masak peket (17 peket) dan satu karton gula pasir (12 peket).

Katanya, harga minyak masak peket pula dijual kepada mereka dengan harga RM2.45 sepeket, manakala gula berharga RM2.75.

“Kami menjual minyak masak peket kepada pelanggan pada harga RM2.50 dengan keuntungan hanya 5 sen sepeket, manakala gula dijual pada harga RM2.85 (untung 10 sen).

“Atas sebab itu kami terpaksa mensyaratkan setiap pelanggan perlu membeli sekurang-kurang­nya dua barang-barang keperluan lain jika ingin membeli minyak masak peket atau gula,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujarnya, keadaan ini berlaku sejak krisis bekalan minyak masak peket berlaku, manakala gula pasir sejak sebulan lalu.

Jelasnya, peniaga juga terkesan dengan harga minyak masak botol yang sentiasa berubah setiap bulan sehingga kadang-kadang berhadapan kerugian sekiranya bekalan tidak habis terjual pada bulan semasa.

“Pernah kami terpaksa ‘me­nyimpan’ sementara bekalan minyak masak botol kerana harga diturunkan jauh lebih rendah daripada waktu pembelian dan menunggu bulan berikutnya de­ngan mengharapkan kenaikan semula berlaku bagi mengelakkan kerugian besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI