fbpx

Tiada kompromi dalam aspek keselamatan, ketenteraman awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) pada sidang akhbar selepas memulakan tugas secara rasmi di KDN, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang menjadi agenda utama apabila menerajui kementerian ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, dua perkara terbabit akan terus diperkasakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan didokong semua agensi di bawah portfolio seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, aspek ketenteraman dan keselamatan adalah prasyarat untuk sebuah kerajaan apabila melibatkan mana-mana negara berdaulat dan merdeka maka sudah pastinya, dengan visi dan misi yag sangat jelas ia menjadi tanggungjawab semua.

“Saya tentu sahaja ingin mengesyorkan slogan ‘Keselamatan Tanggungjawab Semua’ bahawasanya setiap anggota masyarakat, pertubuhan politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu serta siapa sahaja yang namanya rakyat Malaysia harus mendokong cita-cita ini.

“Ini sahaja negara kita, tiada pilihan lain. Ia adalah asas yang satukan kita dengan memelihara dan jaga kepentingan bersama semua yang menjadi asas menyatukan semua kaum, agama dan apa jua latar belakang selagi namanya rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama menteri di pejabatnya hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, lebih penting keperluan wujud keharmonian dalam rangka kehidupan bernegara dan sudah pastinya, semua pihak harus elak keluar kenyataan yang menjurus buka ruang salah faham serta membangkit sentimen mengancam kehidupan harmoni rakyat.

Katanya, beliau masih ingat ketika menemani Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di mana Tuanku mahu kerajaan baharu bergerak ke arah kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, fokus isu rakyat, kos sara hidup, isu meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan.

“Saya yakin kewibawaan PDRM yang dipimpin Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dengan undang-undang sedia ada, tanggungjawab ini sesuai dengan hasrat Al-Sultan seperti diungkap dalam kenyataan akhir Majlis Raja-Raja yang memberi peringatan kepada semua pemegang taruh dalam negara.

“Hasrat itu membentuk harapan saya dalam menjalankan tugas ini bahawa aspek keselamatan dan ketenteraman awam tidak akan dikompromi sama sekali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI