fbpx

Guna kain sarung ganti lampin anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam menyampaikan sumbangan kepada Rahimah ketika melawat Ibu tunggal itu dirumah sewanya di Taman Seri Austin, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Ikatan perkahwinan yang berakhir ketika pandemik Covid-19 dua tahun lalu telah mengubah hidup seorang ibu tunggal yang terpaksa berseorangan membesarkan tiga anak orang kelainan upa­ya (OKU).

Rahimah Abd. Karim, 48, berkata, dia kini hilang punca pendapatan selepas bekas suaminya tidak lagi memberikan nafkah untuk keluarga.

Katanya, disebabkan kesempitan kewangan, dia terpaksa menggunakan kain batik sebagai lampin untuk anak kelimanya, Muhammad Nihal Abu Bakar, 20 yang menghidap Celebral Palsy.

Malah katanya, Muhammad Nihal juga sudah setahun tidak minum susu khas yang sepatutnya sehingga tulang tangan kirinya kelihatan bengkok akibat kurang kalsium.

“Saya sudah berpisah de­ngan suami, namun dia seolah-olah lepas tangan dan membiar­kan tiga anak OKU kami tanpa pemberian nafkah yang sewajarnya.

“Rumah yang kami diami kini sudah tiga bulan tertunggak dan saya terpaksa menagih ihsan saudara bagi menjelaskan sewa rumah dua bulan,” katanya ketika ditemui di kediaman sewanya di Taman Seri Austin di sini semalam.

Menurut Rahimah, dia cuba bangkit membina kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan dan menerima tempahan makanan, namun usaha itu terhenti disebabkan kekurangan modal pusingan bagi meneruskan perniagaan.

Keadaan bertambah sukar buat wanita itu selepas kesihatannya juga semakin merosot setelah menjalani pembedahan apendik di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pada akhir bulan lalu.

Katanya, setakat ini dia memperoleh wang bantuan Baitulmal sebanyak RM400 dan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi kos perubatan, lampin pakai buang dan makanan untuk anaknya.

Dalam pada itu, orang ramai yang prihatin serta bersimpati dengan keperitan Rahimah boleh menyumbang terus ke akaun bank Bank Simpanan Nasional miliknya iaitu 0113629 000137222.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI