fbpx

Dua maut nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini.

LUNDU – Dua lelaki meninggal dunia manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, di Jalan Bau-Lundu di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.56 pagi hari ini dan segera mengarahkan jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan empat kenderaan jenis Perodua Myvi, Perodua Kenari, Proton Saga dan treler.

“Dua mangsa lelaki menaiki Perodua Kenari disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

“Seorang wanita yang juga menaiki Perodua Kenari terbabit cedera di kepala dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke Hospital Lundu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya tiga lelaki yang masing-masing pemandu Proton Saga, Perodua Myvi dan treler terbabit tidak mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI