fbpx

Ebit Lew ziarah bapa kanak-kanak hilang dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit melawat bapa bayi yang hilang selepas dibaham buaya di Sabah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menziarahi bapa kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang dibaham buaya di Sabah baru-baru ini.

Ebit melalui hantaran di Facebooknya berkata, beliau terus ke Sabah sebaik sahaja pulang dari Jakarta, Indonesia untuk melawat lelaki itu yang turut cedera parah semasa kejadian berkenaan.

“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya. Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni.

“Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur tiga tahun. Teringat-ingat,” katanya.

Kata Ebit, lelaki itu memaklumkan bahawa dia amat rapat dengan anak lelakinya itu dan sentiasa ke mana-mana bersama.

“Berulang abang tu cakap ‘anak saya belum jumpa, anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik’.

“Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Sabar ya abang. Berat ujian abang. Insya-Allah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini,” ujarnya.

Dalam lawatan itu juga Ebit memberikan sebuah bot berserta enjin kepada lelaki itu.

“Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.

“Terima kasih NH Travel Sabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hilang dilarikan reptilia berkenaan selepas diserang buaya berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), di Lahad Datu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI