fbpx

Anwar Ibrahim dipanggil ke Bukit Aman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

Satu sumber berkata, ketua pembangkang itu dipanggil untukmembantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Beliau diminta hadir pukul 3 petang untuk membolehkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman merekodkan keterangannya.

“Selain itu, setakat ini 74 laporan polis dibuat terhadap Anwar membabitkan Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mendakwa beliau melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan  Anwar dijangka hadir ke Bukit Aman esok.

“Demikian saya difahamkan beliau dipanggil (esok),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI