fbpx

Eala bintang tenis Filipina semakin bersinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EALA memasang impian untuk beraksi pada kejohanan bertaraf Grand Slam pada Terbuka Australia yang akan membuka tirainya di Melbourne bulan depan. – AFP

MANILA – Pemain tenis remaja Filipina, Alexandra Eala mele­takkan sasaran tinggi melepasi saringan kelayakan kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Australia yang membuka tirai rasmi di Melbourne bulan depan.

Sebagai rekod, Eala, 17, mencipta fenomena apabila menjadi pemain pertama Filipina menjuarai saingan Grand Slam remaja Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Eala yang menduduki ranking ke-219 dunia berharap layak ke pusingan utama Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya.

“Secara peribadi, banyak ke­su­karan saya tempuh sepanjang tahun ini khususnya apabila dijangkiti Covid-19 dan kecederaan tetapi saya berjaya bangkit.

“Jika ditanya apa kelemahan yang perlu diperbaiki, sudah tentulah tahap kecergasan yang le­bih baik di atas gelanggang selain dapat memulakan sesi latihan pramusim dengan baik.

“Sasaran awal saya adalah untuk melepasi saringan kelayakan Terbuka Australia dan harap ia dapat direalisasikan,” kata gra­duan Akademi Rafael Nadal itu.

Sementara itu, Eala mengakui agak terkejut dengan sokongan padu diberikan oleh peminat sukan tempatan yang memberi dorongan buatnya mencipta nama di pentas antarabangsa.

“Secara peribadi, saya tidak suka menjadi seorang yang terkenal tetapi penyokong mula memberikan perhatian kepada saya pada tahun ini, malah platform media sosial saya turut menjadi tumpuan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI