fbpx

Ainul Mardhiah dapat adik lelaki lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah (kiri) dan Umar (kanan) bergambar bersama adik bongsu mereka.

PETALING JAYA – Ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani Zaidi, dilihat berkongsi gambar anak perempuannya itu bersama seorang bayi lelaki yang juga merupakan cahaya mata ketiganya bersama suami, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.

Nurul Erwani berkongsi perkara gembira itu menerusi hantaran di Instagramnya miliknya semalam.

“Paling susah nak ambil gambar bertiga. Jadi kita ambil berdua-duaan.

“Kakak Ainul dengan adik Fateh. Abang Umar dengan adik Fateh,” tulisnya pada ruangan kapsyen gambar.

Kini Ainul Mardhiah sudah memiliki dua adik lelaki.

Terdahulu, kanak-kanak berusia empat tahun ini mengalami masalah jangkitan kuman sehingga menyebabkan keadaan kesihatannya lemah dan terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) selama hampir sebulan selepas menunjukkan simptom muntah serta cirit-birit.

Bagaimanapun, Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah kini semakin sihat, malah berat badan anak sulungnya itu juga bertambah.

“Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadangkala itu kalau angin kurang baik (bad mood) mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut setia kisah Ainul Mardhiah sejak tahun 2019 lagi mengucapkan tahniah buat Nurul Erwani atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu selain berasa gembira dengan perkembangan positif kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI