fbpx

Lelaki OKU dakwa disaman gara-gara letak kereta di ‘parking’ OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular lelaki OKU didakwa disaman meletakkan kereta khas untuk OKU.

PETALING JAYA – “Nak saman pun, tengok-tengoklah, main saman saja. Sebesar-besar ‘hand controller’, siap ada nampak ‘sticker’ orang kurang upaya (OKU),” itu luahan seorang lelaki OKU berhubung keretanya didakwa di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat.

Video luahan hati lelaki yang menggunakan kerusi roda itu tular menerusi media sosial, malah dia memaklumkan telah disaman RM20 selepas meletakkan kereta di tempat khas OKU.

Dia yang turut meluahkan aduan menggunakan bahasa Jawa mendakwa, sebelum ini belum pernah disaman selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU sekali gus pertama kali situasi itu berlaku terhadapnya.

“Aku kena saman sebab letak kereta di ‘parking’ OKU. Bayar sajalah RM20 saja kan, bayar nanti aku ambil resit. Tengok, aku ‘parking’ tempat cantik, bukan ‘parking’ sengit-sengit.

“Aku baru tahu, ‘parking’ tempat OKU salah, baru aku tahu. Nak saman, tengok-tengoklah ada ‘sticker’ atau tidak. Kereta ada ‘hand controller’,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, dia berkata, saman RM20 itu boleh dibayarnya selain menyifatkannya tidak mahal.

“Aku bayar sajalah, tak mahalkan RM20. RM20 aku boleh bayar, mahal-mahal aku tak nak. Lain kali janganlah saman, ‘sticker’ macam itu tak nampak. Tak pernah-pernah kena saman di mana-mana, kau datang kau saman pula,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI