GEMAR berkongsi aktiviti harian dalam laman sosial membuatkan ramai peminat menggelarkan pelakon Sara Ali Khan sebagai ratu Instagram.
Mempunyai sekitar 41 juta pengikut, sudah pasti ramai menyangka setiap hari anak kepada Amrita Singh dan Saif Ali Khan itu memerlukan banyak kandungan untuk dikongsi.
Hakikatnya, wanita berusia 27 tahun itu tidak perlu berbuat sedemikian, malah andai melihat perkongsian Instagramnya, hanya seminggu sekali dia memuat naik gambar atau hantaran.
Bintang Atrangi Re itu nyata tidak perlu bersusah payah untuk menarik pengikut baharu, sebaliknya tanpa sebarang hantaran pun Instagramnya kerap disinggahi pelayar.
Tetapi yang menghairankan aktres yang memulakan kerjaya seni sejak 2018 itu tetap digelar sebagai ratu Instagram biarpun berada dalam kategori jarang muat naik gambar.
Malah ada yang meninggalkan komen supaya dia lebih rajin kongsikan aktivitinya yang dirasakan peminat sebagai comel dan memberikan inspirasi.