PIALA Dunia sememangnya menjadi acara tumpuan rata-rata orang, tidak kira peminat tegar bola sepak atau menonton demi kawan-kawan.
Perasaan sama dilalui pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Seolhyun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Korea Selatan melawan Portugal.
Dia bersungguh-sungguh memberikan sokongan buat pemain bola kebangsaan, terutama pemain bernama Hwang Hee-chan yang merupakan junior di sekolah rendahnya dahulu.
“Saya tahu Hee-chan akan buat yang terbaik dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022,” ujarnya mengenakan jersi 11, sama dengan Hee-chan ketika meraikan kemenangan pasukan kebangsaan di hadapan TV di rumahnya.